Kongres Rakyat WP: Jaringan IT sedia hadiah foto terbaik

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bagi memeriah dan memasyarakatkan Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia, salah satu NGO ‘rakan penganjur’ di Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 25 September, menganjurkan pertandingan foto terbaik.

“Pertandingan ini dibuat untuk memilih foto terbaik dengan cara mudah sahaja, peserta yang menyertai program tersebut boleh menghantar foto-foto tersebut ke emel, hyperlink "mailto: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. " This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan maklumat nama dan nombor handphone untuk dihubungi selewat-lewatnya sehari selepas Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan berlangsung” kata Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia, Shuhaimi Embong.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan berharap peserta-peserta kongres dan jurugambar yang hadir dapat mengambil bahagian.
 
Hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai RM100 dan pemenang yang bertuah akan dijemput ke ‘lunch on’ pelancaran Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia di Cyberjaya pada 9 Oktober nanti. - HARAKAHDAILY 24/9/2016

Share on Myspace