Peserta Felcra: Penantian yang tiada noktah

RAZMAN ZAKARIA | .

Pada 22 September 2016, saya sebagai AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat juga Pesuruhjaya PAS Perak bersama Haji Saarin dan AJKnya telah melawat dan mengadakan perbincangan/dailog dengan lebih kurang 10 peserta Felcra getah di Kampung Belimbing Tolak 1, Kuala Nerang.

Felcra ini terdiri daripada 85 peserta bagi 85 lot tanah, luas tanah berjumlah 405.47 hektar yang dimulakan pada tahun 1974 yang sehingga kini telah 42 tahun.

Purata peserta telah berusia 60 tahun ke atas. Ada yang telah meninggal dunia dan diganti dengan generasi kedua. Untuk rekod, di Kuala Nerang terdapat 19 buah Felcra getah dengan keluasan ladang sebanyak 2,413.19 hektar atau 5,963 ekar dengan lebih kurang 500 peserta).

Peserta dailog diketuai jurucakap, Mohd Kasim. Isu utama yang dikemukakan ialah sehingga kini pihak Felcra dan kerajaan negeri gagal atau tidak memberi geran tanah hak milik individu kebun 10 ekar dan tapak tanah kediaman seluas 0.25 ekar. Ini tidak termasuk isu-isu lain seperti hutang kepada Felcra, mutu penanaman semula, pulangan hasil dan sebagainya.

Dimaklumkan, sudah 4 kali pihak pejabat tanah/Felcra telah ukur tanah setiap lot individu untuk diberi geran tanah. Malangnya hingga kini tiada dengar khabar berita. Bahkan Mohd Kasim dan beberapa rakan telah naik turun pejabat Felcra negeri dan ibu pejabat bertanya khabar hal geran tanah tetapi tiada keputusan hingga kini.

Peliknya, soalnya kenapa geran tidak diberi sedangkan segala hutang pembangunan dan tanam semula telah selesai. Kini sudah masuk tanam semula kali kedua pula dan sudah pun berhasil. Peserta merasa kesal dan kecewa dengan pihak berkuasa negeri kususnya Menteri Besar Kedah dan Felda sehingga kini gagal mengeluarkan geran tanah milik individu.

Pihak Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat telah menasihatkan wakil peserta tersebut supaya menubuhkan jawatan kuasa bertindak (dgn satu suara) untuk sekali lagi mengemukakan semula kpd kerajaan negeri dan Felda.

Jika boleh satu memorandum akan dipanjangkan kepada pihak menteri berkenaan dan Menteri Besar Kedah untuk perhatian dan pertimbangan lanjut.

Kami pihak Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat akan membantu. Rujukan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. - HARAKAHDAILY 26/9/2016

Share on Myspace