Pembinaan bangunan PAS Seremban sudah bermula

FAIZ ABDULLAH | .

SEREMBAN: Selepas berjaya membeli sebidang tanah di Ampangan (Jalan Jelebu) dengan harga RM250,000; PAS Seremban melangkah setapak ke hadapan dalam usaha membina bangunan Pejabat dan Markaz Tarbiah PAS Seremban.

Menurut Ketua Penerangan PAS Seremban, Rahim Yusof, pihaknya masih menunggu proses penukaran nama dalam geran tanah tapak bangunan tersebut.

"Kita masih menunggu proses penukaran nama dalam geran kepada PAS Malaysia. Sementara itu kita telah memulakan kerja-kerja awal sejak beberapa hari yang lepas. Dalam fasa pertama, kita akan bina sebuah bangunan yang akan menempatkan bilik gerakan  dan pejabat jabatan pilihan raya.

"Kita memerlukan kos sebanyak RM2.5 juta untuk menyiapkan kompleks pejabat PAS Seremban ini. Justeru, kami memohon sumbangan dana dan bahan binaan dari orang ramai untuk menampung kos pembinaan bangunan ini. Kami juga mengharap sumbangan dari segi kepakaran teknikal," kata beliau.

Sumbangan kewangan untuk projek pembinaan Pejabat dan Markaz Tarbiah PAS Seremban ini boleh disalurkan melalui 'Tabung Bangunan PAS Seremban', Nombor Akaun Bank Islam: 0506 7010 004702.Sebarang pertanyaan boleh hubungi Rahim Yusof di talian 013-3943329. – HARAKAHDAILY 26/9/2016

Share on Myspace