R bantu sebar penerangan RUU 355

RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Tidak hanya dengan menyatakan sokongan, Pertubuhan Royalti Kelantan (R) dalam persiapan membantu kerajaan negeri untuk memberi penerangan kepada orang ramai berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, pada masa yang sama pihak beliau turut mengedarkan risalah  akta tersebut kepada orang ramai.

Jelasnya, penerangan mesti digerakkan bersama untuk memberi kesedaran pada orang ramai agar mereka memahami kepentingan akta tersebut.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini bagi  mengulas  peranan R selepas menyatakan sokongan terhadap akta berkenaan.

“Kami juga turut menyebarkan kepentingan Akta 355 kepada masyarakat sekiranya ia berjaya dilaksanakan di internet khususnya di laman sosial facebook.

“Cara ini dilihat mendapat sambutan orang ramai apabila terdapat tindak balas dari mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut,”ujarnya.

Beliau seterusnya menambah, R menyatakan sokongan itu (Akta 355)  kerana ingin melihat  sistem perundangan Islam di negara ini  lebih baik.

“Tindakan kita juga sebagai mewakili hasrat anak muda Kelantan yang inginkan perubahan khususnya dalam masaalah jenayah dan sosial.

“Saya berharap pimpinan PAS sama ada  negeri atau Pusat, perlu melihat perkara itu dengan lebih mendalam dalam menjamin keberkesanannya,”ujarnya.

Nazri bagaimanapun berharap usaha itu berjaya walaupun ia mendapat tentangan parti gabungan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak termasuk bukan Islam tidak menjadikan RUU Akta 355  sebagai  isu politik perkauman.

Royalti Kelantan katanya menyeru umat Islam turut serta ke arah memartabatkan perundangan  Islam di Malaysia. – HARAKAHDAILY 27/9/2016

Share on Myspace