Rusia, rejim Syria tahu lakukan jenayah perang

HARAKAHDAILY | .

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, semalam dengan tegas menyatakan bahawa Rusia dan rejim Syria tahu bahawa mereka telah melakukan jenayah perang, lapor Anadolu Agency.

"Pagi ini, kita dikejutkan dengan adanya laporan serangan terhadap dua hospital lain di Aleppo," kata Ban.

"Mari kita membuat hal ini menjadi jelas. Mereka menggunakan senjata yang lebih merosakkan tahu persis apa yang mereka lakukan. Mereka tahu bahawa mereka melakukan kejahatan perang," tegas Ban.  

"Bayangkan kemusnahan akibat senjata itu," kata Ban.

"Orang-orang dengan kaki yang hancur. Anak-anak kesakitan tanpa bantuan. Dijangkiti. Mengalami penderitaan. Mati, tanpa ada tempat untuk pergi.

"Bayangkan sebuah rumah sembelih, namun ini lebih buruk dari itu. Bahkan rumah sembelih lebih berperikemanusiaan," ujar Ban.

Ban berkata perang di Syria telah menyebabkan pembunuhan 95 peratus kakitangan perubatan di Aleppo, di mana hampir 275,000 orang awam berada di bawah pengepungan.

"Ini adalah perang melawan petugas kesihatan Syria," tegasnya. [Islampos]

Share on Myspace