PRU14: PAS Perak anjur ijtimak pilihan raya Sabtu ini

HARAKAHDAILY | .

Tempoh akhir PRU14 sekitar Jun 2018. Senario politik semasa memberi petunjuk bahawa PRU14 akan diadakan pada tahun 2017.

Pemimpin Umno BN cuba mempertahankan kuasa dengan berbagai-bagai pendekatan. Diketahui umum sebelum dan semasa pilihan raya, seluruh agensi kerajaan, syarikat GLC, JKK dan AJK pentadbiran masjid dan urau digembleng bagi mengekalkan pemerintahan mereka.

Kepincangan yang berlaku dalam sistem pengurusan dan pentadbiran di bawah kerajaan Umno BN ini sudah tiba masanya diubah kepada yang lebih baik. Untuk membuat perubahan ini ianya memerlukan pengorbanan rakyat secara menyeluruh.

Sehubungan itu, bagi meneraju perubahan ini, PAS Perak akan mengadakan ijtimak pilihan raya pada Sabtu ini, 1 Oktober 2016 di Paya Renggam, Padang Rengas.

Himpunan ini antara lain adalah untuk penyatuan fikrah dan tiupan semangat kepada seluruh warga Perak dalam usaha mengganti Umno BN mentadbir kerajaan melalui PRU14 nanti.

Oleh itu, PAS Perak menyeru semua ahli dan pemimpin di semua peringkat hadir ke program tersebut.

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
29 September 2016 / 27 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 29/9/2016

Share on Myspace