PRU14: Orang muda digesa rebut peluang daftar pemilih

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Anak-anak muda seluruh negeri Terengganu, terutamanya yang tinggal berdekatan pekan Kemasik, Kemaman diseru untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih baharu.

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Al-Ghazali Abu Bakar berkata, untuk memudahkan pendaftaran tersebut, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuka kaunter pendaftaran di tapak Himpunan Harapan Semua (Harap 3.4) di hadapan Sekolah Kebangsaan Kemasik.

“Saya menyeru kepada seluruh anak muda Terengganu yang telah mencapai umur 21 tahun ke atas, yang belum mendaftar boleh mendaftar terus, tak payah pergi ke pejabat," katanya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata, amat penting kepada orang muda untk mendaftar sebagai pengundi sekarang.

Katanya, kaunter tersebut akan dibuka selama dua hari, iaitu pada Jumaat, 30 September dan 1 Oktober, antara jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang.

“Sesiapa yang lahir pada tahun 1995 atau sebelumnya boleh mendaftar, hanya bawa kad pengenalan diri sahaja ke kaunter. Insya Allah, proses tidak sampai 15 minit,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Karnival Jualan sempena Harap 3.4 semalam.

Menurutnya, perkara tersebut amat penting bagi memastikan mereka yang mendaftar akan tersenarai sebagai pemilih, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan tidak lama lagi.

Share on Myspace