Darurat: Turki mudah lawan kumpulan pengganas

HARAKAHDAILY | .

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam mengatakan bahawa keadaan darurat negara yang sedang berlangsung bertujuan untuk memudahkan perjuangan Turki melawan kumpulan pengganas seperti Feto dan PKK.

"Darurat negara selama tiga bulan hanya untuk kontra-terorisme," kata Erdogan ketika bercakap kepada kepala pemerintah kota setempat, di Kompleks Presiden di Ankara.

Setelah usaha rampasan kuasa digagalkan, yang mengorbankan lebih dari 240 orang dan mencederakan hampir 2,200 orang lain, Turki mengumumkan keadaan darurat pada 20 Julai.

Menurut Perlembagaan Turki, keadaan darurat boleh diisytiharkan untuk jangka masa maksimum enam bulan, lapor Anadolu Agency.

Pada hari Rabu, Majlis Keselamatan Negara menawarkan untuk memanjangkan keadaan darurat negara di luar tempoh awal tiga bulan sebelumnya.

"Telah disepakati untuk mengesyorkan memanjangkan keadaan darurat demi menjamin kelangsungan pelaksanaan berkesan daripada langkah-langkah yang bertujuan untuk melindungi demokrasi kita, kedaulatan undang-undang dan hak-hak dan kebebasan warga negara kita," kata Erdogan. [Islampos]

Share on Myspace