Perubahan undi Melayu beri kelebihan kepada PAS

HARAKAHDAILY | .

PADANG RENGAS: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata perubahan sedikit daripada undi orang Melayu boleh memberi kemenangan lebih daripada 30 kerusi kepada PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) majoriti Melayu.

Sehubungan itu, beliau menyasarkan untuk memenangi 30 daripada 59 kerusi Dun di negeri ini pada pilihan raya akan datang.

"Jika perubahan ini berlaku PAS mampu membentuk kerajaan dan sekali gus boleh melenyapkan pesepsi negatif yang dibina musuh selama ini seperti PAS sudah lari dari dasar perjuangan, PAS hendak bergabung dengan Umno, PAS boneka  DAP dan PAS bertanding tidak cukup kerusi untuk memerintah Perak," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Ijtimak Jentera Pilihan raya PAS Perak yang diadakan di Musolla Al Ehsan Paya Renggam, dekat sini, hari ini.

Ijtimak tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan.

Ijtimak ini juga mencatat sejarah dengan kehadiran melebihi 5,000 orang petugas dan jentera pilihan raya PAS negeri dari semua peringkat.

Ijtimak berakhir pada jam 4.30 petang dengan lafaz baiah setia perjuangan oleh semua jentera yang hadir. - HARAKAHDAILY 1/10/2016

Share on Myspace