Rizab RM4.1 bilion manfaat buat rakyat Selangor

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Perolehan rizab Kerajaan Negeri Selangor terkumpul melebihi RM4.1 bilion dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun Selangor tidak memiliki hasil bumi ‘mewah’, namun kecekapan pentadbiran negeri mendorong kepada perkembangan positif itu.
 
Beliau berkata demikian pada siri ceramah Jelajah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Simpang Kepayang, Bera, Pahang malam tadi.

“Walaupun Pahang mempunyai balak dan bauksit, namun negeri ini masih mundur kerana ditadbir Kerajaan Umno.

“Tetapi di Selangor kita gunakan tanggungjawab dan amanah untuk seluruh rakyat. Walaupun baru dua tahun saya memikul tanggungjawab ini, rizab simpanan negeri sudah mencecah RM4.1 bilion,” katanya dipetik SelangorKini.

Rizab Selangor sebelum ini terus mencatatkan peningkatan enam tahun berturut-turut daripada hanya RM1.6 bilion ketika Umno BN mentadbir negeri.

Lebih membanggakan, peningkatan 21.24 peratus turut dicatatkan dalam tempoh enam bulan pertama, tahun ini.

Perkembangan positif itu sekali gus meletakkan Selangor terus kekal sebagai negeri termaju dengan perolehan ekonomi mampan di Malaysia.

Share on Myspace