Serangan udara Aleppo jenayah perang - Liga Arab

HARAKAHDAILY | .

Liga Arab menggesa masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan dalam menghentikan pertumpahan darah di bandar Aleppo, utara Syria, lapor Anadolu Agency.

Dalam sebuah kenyataan hari Sabtu lalu, jurucakap Liga, Mahmoud Afifi mengecam pengeboman udara berterusan terhadap hospital dan orang awam di Aleppo.  

"Serangan udara secara rawak dan serangan bom serta pengepungan tidak berperikemanusiaan di Aleppo timur, sama saja dengan jenayah perang," tegas Afifi.

Jurucakap itu menggambarkan situasi kemanusiaan di Aleppo timur sebagai "tak tertahankan", dan dirinya menggesa gencatan senjata segera untuk membolehkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke bandar tersebut. [Islampos]

Share on Myspace