Pilihan raya: PAS tetap sokong tuntutan Bersih

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .

KOTA BHARU: PAS tetap menyokong tuntutan yang dibuat badan bukan kerajaan (NGO), Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi mengembalikan sistem pilihan raya di negara ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah bagaimanapun berkata, sokongan itu tidak bermakna parti itu akan menyertai perhimpunan yang dijangka diadakan 19 November depan.

“Kita mahu pilihan raya adil dan telus, kerajaan telus, hak demostrasi, memperkukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi Malaysia.

"Pendirian kita menyokong tuntutan Bersih, tetapi kita tidak akan bersama-sama pada tarikh yang ditentukan itu," katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau penyertaan penyokong PAS pada perhimpunan tersebut tiada larangan mengenainya.

"Sekarang ini tidak ada larangan dan tidak ada arahan kepada mana-mana ahli untuk menyertai perhimpuan," katanya. - HARAKAHDAILY 4/10/2016

Share on Myspace