Muslim di Jerman pelawa non-Muslim kunjungi masjid

HARAKAHDAILY | .

Komuniti Muslim Jerman membuka pintu bagi non-Muslim untuk bertandang ke masjid, semalam sebagai bahagian untuk menggalakkan dialog serta membantu mengatasi salah faham tentang Islam.

Hampir 1,000 masjid di seluruh Jerman turut mengambil bahagian dalam 'Hari Masjid Terbuka', satu acara tahunan yang dianjurkan oleh persatuan Islam di negara itu.

Ahmet Fuat Çandır, atase perkhidmatan keagamaan Turki di Berlin, berkata konflik di Timur Tengah dan serangan pengganas telah mencetuskan ketakutan dan sentimen anti-Muslim di Jerman.  

"Cara terbaik untuk menghilangkan rasa takut tentang Islam adalah lebih banyak melakukan dialog. Islam adalah bukan apa yang mereka lihat di televisyen. Islam adalah agama damai dan kasih sayang," katanya kepada Anadolu Agency di masjid bersejarah Sehitlik Berlin.

Semasa acara tersebut, para imam melakukan persembahan serta menjawab pertanyaan para pengunjung.

Dengan jumlah 81,800,000 penduduk, Jerman mempunyai penduduk Muslim terbesar kedua di Eropah Barat selepas Perancis. Di antara 4 juta Muslim di negara itu, 3 juta berasal dari Turki. [Islampos]

Share on Myspace