PAS Perak sokong pendirian Presiden untuk kerjasama

HARAKAHDAILY | .

Ketegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada 2 Oktober 2016 di atas dasar dan prinsip perjuangan PAS yang semakin mula difahami masyarakat.

Sebagai seorang Islam menjadi kewajipan untuk bersunguh-sungguh melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah SWT.

Tidak ada sebab untuk menolak usaha tersebut terutama bagai rakyat khususnya yang beragama Islam.

Sekiranya negara diurus oleh mereka yang bertaqwa serta takut kepada Allah negara tidak mungkin mungkin menghadapi masalah seperti yang dihadapi pada masa kini.

Orang Islam yang benar-benar berpegang dengan Islam mustahil berani menjual akhirat untuk dunia.

Sejarah menunjukan PAS mendapat sekitar 36% undi Melayu dalam semua pilihan raya sama ada bekerjasama dengan parti lain atau tidak. PAS tidak akan mensia-siakan perjuangan dan keikhlasan akar umbi.

Mana-mana parti politik, NGO atau individu hendak berstrategi politik bersama PAS wajib menyokong perjuangan prinsip dan dasar PAS.

PAS Perak menyokong penuh kenyataan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang meminta parti yang hendak bekerjasama mesti berubah dan menyokong Islam.

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
6 Oktober 2016 / 5 Muharram 1438 - HARAKAHDAILY 6/10/2016

Share on Myspace