Pembalakan: Perlu dengar penjelasan semua pihak

ASLANI M | .

GUA MUSANG: Kerajaan negeri mengulangi pendirian untuk sedia mendengar penjelasan isu pembalakan di sini.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata kesilapan yang berlaku sebelum ini perlu diperbetulkan kembali.

Katanya kerajaan negeri akan mendapat penjelasan lanjut daripada agensi berkaitan.

Antaranya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), pihak polis, Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), Jabatan Perhutanan.

"Kita sedia mendengar penjelasan daripada agensi terlibat bagi kepentingan semua pihak," katanya selepas merasmikan bangunan baru pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing di sini hari ini.

Baru-baru ini masyarakat Orang Asal di pos Gob menyekat laluan digunakan pembalak kerana mendakwa melibatkan tanah mereka.

Ekoran kekecohan itu Jabatan Perhutanan mengarahkan aktiviti pembalakan dihentikan sementara.

Jabatan terbabitkan menjelaskan syarikat pembalakan terlibat mendapat kelulusan lesen.

Menteri Besar berharap isu pembalakan tersebut dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan hasil kerajaan.

Menurutnya jangan pula ada pihak yang bersikap anti nasional sehingga menghalang pembangunan kerajaan.

Hadir sama pada program tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Mamat, anggota Exco  Datuk Che Abdullah Mat Nawi, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan. – HARAKAHDAILY 6/10/2016

Share on Myspace