RUU 355: Kongres Rakyat serah memo kepada menteri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kongres Rakyat Terengganu telah mengambil inisiatif bagi menyerahkan memorandum kepada semua Ahli-ahli Parlimen Terengganu agar menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.

Pengerusinya, Yahaya Ali berkata resolusi kongres itu yang diadakan Ogos lalu bersetuju agar Mahkamah Syariah dinaik taraf, lapor Buletin Online.

Beliau berkata, persetujuan itu bagi menyokong RUU 355 yang telah dibawa ke parlimen oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, sebanyak 83 NGO dalam Kongres Rakyat Terengganu menggesa semua ahli parlimen muslim menyokong RUU 355 itu.

Menurutnya, sehingga kini, tiga ahli parlimen daripada di Terengganu telah ditemui bagi menyampaikan hasrat itu.

Beliau berkata, Ahli Parlimen BN Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari berjanji akan meneliti terlebih dahulu RUU Akta 355 serta menyokongnya.

Jailani adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merupakan Ahli Parlimen BN kedua menerima memorandum tersebut selepas Ahli Parlimen Setiu.

Selain itu, NGO bidang pendidikan, Kawan yang juga sekutu Kongres Rakyat Terengganu telah dimaklumkan menyampaikan desakan yang sama kepada Ahli Parlimen Besut yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Share on Myspace