Salam takziah daripada DACS Selangor

HARAKAHDAILY | .

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Mohd Salleh Mohamed Deril, 40, salah seorang anggota kumpulan nasyid, Brothers yang telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pada jam 3.25 petang tadi.

Allahyarham dimasukkan ke pusat perubatan itu pada Isnin lalu akibat menghidap penyakit jantung dan darah tinggi.

Dimaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang, Selangor untuk dikebumikan pada malam ini.

Dunia dakwah melalui seni suara di Malaysia telah kehilangan seorang yang begitu berbakat dan komited. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

Muhammad Fadzli Abu Bakar
Pengarah DACS Selangor - HARAKAHDAILY 6/10/2016

Share on Myspace