Menteri nafi aktiviti gondol hutan di Kelantan

USTAZ NASRUDDIN MAHMUD MUHAIDIN | .

DR Ramli Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di atas kenyataan akhbar beliau baru-baru ini yang menafikan aktiviti penggodolan hutan di Kelantan.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan juga dilaporkan pernah menerima anugerah pengurusan hutan.

Dr Ramli menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Alam Sekitar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bertanggungjawab Terhadap Alam Sekitar yang dipengerusikan Menteri berkenaan.

Dr Ramli juga antara lain menyentuh isu kredit karbon yang menurutnya perlu juga diambil perhatian serius oleh kementerian dan ia tidak hanya ditangani oleh negeri sahaja.

Kredit karbon sewajarnya diurus dan diseliakan sendiri oleh pihak kerajaan, bukannya melibatkan pihak dari luar. – HARAKAHDAILY 7/10/2016

Share on Myspace