Kelantan pertama lancar kelab Jaringan IT Prihatin

HARAKAHDAILY | .

CAMERON HIGHLAND: Presiden Pertubuhan Jaringan IT Prihatin (JITP) Malaysia, Mohd Shuhaimi Embong telah menerima permohonan daripada 33 orang Penyelaras IT pada hari terakhir Seminar Pengurusan dan Pentadbiran JSU-JIT Negeri Kelantan.

Seminar Pengurusan dan Pentadbiran JSU-JIT Negeri Kelantan itu dikendalikan oleh Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan bagi memberikan kefahaman ICT terkini dan bidang tugas kepada Penyelaras IT Dun.

Seminar itu diadakan secara intensif selama 3 hari 2 malam bermula 5 Oktober lalu di sebuah hotel di sini telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang mewakili Menteri Besar.

Presiden Jaringan IT Prihatin Malaysia merupakan salah seorang daripada pembentang yang telah dijemput memberikan perkongsian dalam seminar itu.

Beliau telah membentangkan dua topik berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), iaitu Gerak kerja Data-Aplikasi (DataApps) Pusat Khidmat Dun (PKD) Kelantan dan Cabaran Media Baharu kepada Penyelaras IT Dun pada hari sebelumnya.

Untuk rekod, Kelab Jaringan IT Prihatin (JITP) Negeri Kelantan yang dianggotai oleh 45 orang Penyelaras IT Dun dan diketuai oleh Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud sebagai Pengerusi JITP negeri merupakan yang pertama ditubuhkan di bawah JITP Malaysia yang baru sahaja diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Ia akan dilancarkan penubuhannya secara rasmi pada 9 Oktober ini di Cyberjaya. - HARAKAHDAILY 7/10/2016

Share on Myspace