Turki, Qatar hantar 250 tan tepung bantu rakyat Syria

HARAKAHDAILY | .

Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) dan Yayasan Bantuan Kemanusiaan Sheikh Thani bin Abdullah Qatar (RAF) dilaporkan telah menghantar 250 tan tepung ke Syria yang sedang dilanda perang.

"Konvoi 50 lori telah berangkat dari wilayah sempadan selatan Turki Hatay menuju ke Aleppo dan Idlib Syria," kata Setiausaha Agung IHH Yavuz Dede, seperti dilapor Memo, semalam.

Pada September lalu, konvoi bantuan PBB telah diserang pada masa akan memasuki Aleppo, di mana 275,000 warga sivil tengah memerlukan bantuan kemanusiaan.

Serangan di Urum al-Kubra, wilayah Barat Aleppo itu mengorbanan Ketua Bulan Sabit Merah Syria, kakitangan sokongan dan pemandu dalam konvoi 31 trak itu.

Syria telah terkunci dalam perang saudara sejak awal 2011 ketika rejim Bashar al-Assad menumpaskan pasukan pembebasan.

Pusat PenelitianSuriah, sebuah NGO yang berpusat di Beirut telah mengumumkan bahawa jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat konflik selama lima tahun telah melebihi 470,000 jiwa. [Islampos]

Share on Myspace