Pemulihan air berjadual demi manfaat rakyat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Status pemulihan bekalan air bagi kawasan yang menerima bekalan melalui loji rawatan air di Sungai Semenyih, Langat dan Cheras kini semakin baik selepas operasi loji itu dibuka semula sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, proses pemulihan secara berjadual diteruskan demi kelangsungan manfaat rakyat.

“Status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat menunjukkan peningkatan pemulihan yang baik di kebanyakan kawasan terjejas.

“Proses pemulihan berjadual ini dijalankan menerusi saluran bekalan kecuali di beberapa kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan,” katanya dipetik SelangorKini.

Sebelum ini, loji rawatan di kawasan terlibat terpaksa ditutup susulan insiden pencemaran bau air Sungai Langat dan Cheras yang didakwa berpunca dari aliran Sungai Semantan, Pahang.

Bagaimanapun, kerajaan negeri berjaya mengatasi masalah tersebut selepas beberapa daerah terlibat di Hulu Langat, Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Cheras mula menerima bekalan air bersih sepenuhnya.

Untuk tempoh itu, pemuliharan berjadual sementara bagi Zon 1 dan 2 daerah Hulu Langat dan Kuala Lumpur yang menerima bekalan dari loji rawatan air Langat masih berjalan.

Nenurut Zaidy, proses pemulihannya juga sedang dipergiatkan menerusi pemantauan rapi berterusan pihaknya.

“Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya mengikut penjadualan sementara ini sehingga bekalan kembali stabil sepenuhnya,” katanya.

Share on Myspace