Tembelang NGO Umno dijawab penduduk

RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Kempen jelajah restorasi projek bekalan air anjuran Umno agak memalukan apabila tembelang mereka dengan mendakwa air yang dibekal Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) keruh dijawab penduduk kampung.

NGO Umno terbabit menyerah air kotor kepada AKSB dengan dakwaan mengambilnya daripada sumber dibekalkan loji AKSB.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu seorang penduduk di Kampung Repek muncul mengakui air yang diserah NGO Umno terbabit diambil dari telaga di rumahnya.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi berkata, tindak tanduk NGO Umno terbabit begitu memalukan kerana taktik mereka akhirnya terbongkar.

“Pengakuan seorang penduduk air keruh yang digunakan NGO Umno bukan daripada bekalan air AKSB sebaliknya dari telaga rumahnya sendiri begitu memalukan,” katanya selepas mengunjungi pengurusan AKSB di sini petang semalam.

Pada kunjungan itu Pemuda PAS Kelantan menyerah memorandum mempertahankan syarikat utiliti milik kerajaan negeri itu.

Memorandum sokongan diserah Nor Azariza kepada Pengurus Besar AKSB Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail.

NGO Umno yang dikenali Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan mengadakan jelajah ke beberapa jajahan bagi mendesak kerajaan negeri merombak pengurusan AKSB.

NGO terbabit dipengerusikan Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani.

Siri jelajah itu turut disertai Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan, Mohd Shahbuddin Hashim dan bekas pemimpin PKR yang menyertai Umno, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad.  – HARAKAHDAILY 13/10/2016

Share on Myspace