Jabatan Amal siap sedia hadapi air pasang besar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Semua anggota dan aset operasi Jabatan Amal Malaysia di negeri-negeri Pantai Barat telah diletakkan dalam siap sedia untuk beroperasi pada bila-bila masa berikutan ramalan fenomena air pasang besar.

"Langkah ini diambil berikutan laporan kaji cuaca yang meramalkan akan berlaku fenomena air pasang besar dengan ketinggian yang luar biasa dari 15 Oktober ke 17 Oktober 2016 di beberapa bahagian Pantai Barat Semenanjung," ujar Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris dalam satu kenyataan.

Pada tengah hari semalam, beliau telah menaikkan status Alert 2 dari Alert 1 kepada Sektor Operasi Jabatan Amal Malaysia Negeri di bahagian Pantai Barat. - HARAKAHDAILY 14/10/2016

Share on Myspace