Sultan Kelantan Yang di-Pertuan Agong ke-15

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Pada tanggal 13 Disember 2011, Sultan Muhammad ke-V telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.

Baginda merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid.

Baginda dilahirkan pada  6 Oktober 1969 dan menjadi Sultan Kelantan ke-29 dan mempunyai 3 orang adinda iaitu Tengku Mahkota Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga tahun 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat). – HARAKAHDAILY 14/10/2016

Share on Myspace