RUU 355: MP ada banyak masa berhujah di Parlimen

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa syukur Rang Undang undang Akta 355 berada di nombor empat atur cara persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini.

Uataz Datuk Ahmad Yakub berkata sekiranya berada senarai nombor 4 membolehkan banyak masa ahli parlimen berhujah.

"Ini merupakan satu rekod. Kami berharap kesempatan pembentangan pada awal sidang dapat memberi peluang kepada semua ahli parlimen membincang dengan lebih berkesan.

“Yang penting ia dapat dibentang sebaik mungkin," katanya selepas merasmikan Pameran Artifak Rasulullah SAW dan para sahabat di Medan Ilmu hari ini.

Pameran perdana artifak Rasulullah dan para sahabat diadakan di Muzium Negeri bermula 5 Oktober hingga 15  November ini.

Usul rang undang undang itu dibentang anggota parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan parlimen pertengahan tahun ini. – HARAKAHDAILY 14/10/2016

Share on Myspace