Sembah tahniah atas pemilihan Yang di-Pertuan Agong XV

HARAKAHDAILY | .

PATIK merafak sembah setinggi-tinggi tahniah diatas pemilihan KDYMM Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XV mulai tarikh 13 Disember 2016 ini.

Patik dan seluruh rakyat di Negeri Kelantan mendoakan KDYMM Tuanku agar sentiasa berada dalam peliharaan Allah hendaknya. Bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan dan terus teguh memayungi sekalian rakyat di negara ini dengan Syariat Ilahi. Allahu Akbar.

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan Darulnaim
13 Muharram 1438/14 Oktober 2016 – HARAKAHDAILY 14/10/2016

Share on Myspace