PAS tetap dengan pendirian Islam untuk ke Putrajaya

IZWAN ABDUL HALIM | .

MELAKA: Pengarah Jabatan Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Sallehen Mukhyi berkata, sebab kemenangan iaitulah usaha dan pengorbanan mesti dizahirkan untuk Allah menganugerahkan kemenangan-Nya.

Beliau menegaskan demikian pada ceramah sempena Ijtimak Tarbawi 5.0 Dewan Pemuda PAS Malaysia di Balai Islam Pernu, Telok Mas, malam tadi.

Sehubungan itu, setiap ahli PAS perlu melihat setiap dilakukannya dalam menggerakkan perjuangan parti agak layak menerima anugerah tersebut.

Beliau memetik pengajaran itu sebagaimana teladan ditunjukkan isteri Nabi Ibrahim a.s iaitu Siti Hajar yang berusaha mencari minuman untuk anaknya.

Jelasnya, Allah boleh memberi kepada Siti Hajar dan juga hidayah mudah buat kaum kafir yang didakwah Nabi Muhammad SAW.

Juga katanya, dalam memberi kemenangan mudah kepada para pejuang Islam.

"Tetapi Allah nak tengok usaha kita, jauh mana pengorbanan kita, banyak mana ibadah, usrah dan tamrin kita. Barulah layak kita diberi kemenangan," terangnya.

Beliau juga mengingatkan betapa perlunya sifat istiqamah dalam perjuangan agar segala dilaksanakan sampai kepada Allah.

Ustaz Sallehen turut menegaskan betapa PAS tetap dengan pendirian Islamnya untuk ke Putrajaya walaupun dilihat oleh rakan-rakan parti lain sebagai kelambatan. - HARAKAHDAILY 15/10/2016                       

Share on Myspace