Pembangunan hartanah di Kelantan rancak

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .

KOTA BHARU: Pembangunan hartanah di Kelantan terus rancak biar pun ekonomi negara masih dalam keadaan suram, lebih-lebih kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM).

Ini dapat dibuktikan apabila projek pembinaan apartment setinggi 36 tingkat yang ditawar pada harga RM290,000 kini mencecah 88 peratus jualan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata projek itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Katanya ia menggambarkan keyakinan pelabur dan penduduk tempatan membeli hartanah di Kelantan.

“Di hari pelancarannya sahaja sudah mencecah jualan sebanyak 88 peratus. Saya yakin pembangunan dan kemajuan di Kelantan akan terus menjadi tarikan,” katanya selepas merasmi pecah tanah projek tersebut di Jalan Mahmood semalam.

Projek tersebut dimajukan Kelmedic Sdn Bhd. Ia merupakan syarikat kerjasama Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) dan Malvest Group. - HARAKAHDAILY 16/10/2016

Share on Myspace