Utusan, TV3 tidak tepat lapor kenyataan Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .

Utusan dan TV3 Lapor Secara Tidak Tepat dan Betul Kenyataan YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang - Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS

Berikut adalah transkrip penuh dari soalan tambahan YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi di Parlimen kelmarin.

“Tan Sri Yang Dipertua, soalan tambahan saya, GST merupakan percukaian murah oleh kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan. Namun pun di sana ada impak Yang Berhormat sebut, dan kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam, khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi, masih ada sungutan-sungutan nilai mata wang, ini juga membebankan pelajar kita di luar negara yang ke luar negara, sungutan itu banyak, sejauh mana langkah-langkah kerajaan dan penilaian terhadap keberkasananan daripada langkah-langkah itu dan adakah kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada? Terima kasih."

Saya lihat Utusan Malaysia dan TV3 telah merosakkan etika kewartawanan dan profesionalisme mereka apabila menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS secara tidak tepat dan separuh masak. Ia menampakkan seolah-olah YB Tuan Guru Abdul Hadi menyokong GST walhal beliau menolak GST dan meminta supaya difikirkan alternatif baru menggantikan GST dalam bahasa yang lunak dan beradab sesuai dengan akhlak beliau sebagai seorang pemimpin.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat

Link penuh di sini

Share on Myspace