Auntie Anne's: Timbalan Menteri perjelas isu sebenar

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan isu sijil halal rangkaian kedai roti pretzel Auntie Anne's yang menjadi viral di Internet kini di dalam proses audit halal.

Sekali gus ia tidak timbul soal Jakim tidak memberi logo halal kepada rangkaian kedai roti itu, demikian menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Ahmad di Parlimen hari ini.

Jakim menjelaskan pihaknya tidak melabelkan kedai roti francais itu tidak halal sebaliknya Auntie Anne's sendiri mahukan pengiktirafan halal daripada Jakim.

"Bulan Ogos datang untuk dapatkan sijik halal Jakim, jadi mereka perlu ikut proses Jakim termasuk dokumentasi yang diperlukan," jawabnya bagi soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Tanjong.

Garis panduan Jakim ditambah baik pada tahun 2015 iaitu membabitkan istilah yang boleh menimbulkan keraguan dan sensitiviti umat Islam.

"Kalau jenama tidak baik bagi orang Islam ia sedikit sensitif. Di sinilah masih proses perbincangan, malangnya spekulasi timbul sehingga memberi gambaran tidak betul kepada Jakim. Istilah harus diambil kira keseluruhannya," ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/10/2016

Share on Myspace