Kami cuma kanak-kanak, bukan pengganas

HARAKAHDAILY | .

Seorang kanak-kanak Syria berusia tujuh tahun memperoleh ribuan follower Twitter hanya dalam masa satu bulan selepas menghantar mesej dari bandar yang dilanda perang, Aleppo.

"Kami cuma kanak-kanak, bukan pengganas. Kami ingin hidup damai," ujar Bana Alabed, yang tinggal di daerah Tariq al-Bab Aleppo, kepada Anadolu Agency.

Akaun Twitter Bana @alabedbana telah mengumpulkan lebih daripada 75,000 follower sejak dibuat pada bulan September lalu.

Bana menulis di akaun twitternya dalam bahasa Inggeris, berkongsi foto-foto persekitaran dan menyiarkan video dirinya bercakap kepada beribu-ribu followernya.  

Dibantu oleh ibunya, seorang guru bahasa Inggeris, Bana memberikan update berkaitan pengeboman udara yang telah menghancurkan bandar dan mengorbankan orang awam.

Dia juga menyiarkan video dan gambar-gambar dirinya dan menulis bersama kakaknya atau membaca dalam usaha untuk mengalihkan perhatian diri dari serangan udara.

Bana juga telah menyebut kepada Presiden AS, Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk mencari bantuan.

Dia mengatakan kepada Anadolu Agency bahawa dirinya membuat akaun Twitter untuk menunjukkan kepada dunia bagaimana anak-anak Syria yang dibunuh dan menarik perhatian atas perjuangan sehari-hari yang mereka hadapi. [Islampos]

Share on Myspace