YATK bangun sosioekonomi masyarakat Orang Asal

HARAKAHDAILY | .

Yayasan Amanah Tok Kenali (YATK), agensi di bawah Kerajaan Negeri Kelantan telah memulakan bahkan banyak perancangan untuk membangun sosioekonomi masyarakat Orang Asal, suku Temiar di Kelantan.

Menurut laman facebook Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, antaranya projek pembangunan ladang komersil seperti sayuran dan buahan yang sesuai dengan ekologi dan iklim di Lojing.

Sebagai projek rintis, seluas 549 ekar telah dibangunkan dan mulai ditanam di atas tanah rizab awam di Pos Jedip.

Antara sub projek yang bakal dibangunkan di situ selain penempatan semula Orang Asal di kawasan sekitar yang strategik juga akan disediakan kiosk untuk memudahkan mereka memasar produk pertanian dan seni kraf masing-masing.

Sebelum ini, YATK telah merealisasikan pemilikan geran tanah kediaman kepada 60 keluarga di Kuala Betis termasuk separuh adalah dari kalangan Orang Asal suku Temiar.

Share on Myspace