Kebakaran HSA: MB Kelantan ucap takziah

HARAKAHDAILY | .

SAYA menerima makluman berkaitan kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah dan menyebabkan berlaku kemalangan jiwa. Saya dimaklumkan seramai tujuh pesakit telah meninggal dunia akibat tragedi tersebut.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa kebakaran, juga pihak hospital yang pada masa ini sudah tentu berada dalam keadaan hiba dan terkejut dengan musibah ini. Semoga semua pihak dapat bersabar dan kita doakan agar musibah ini dapat ditangani dengan sebaiknya.

Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali.

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
24 Muharram 1438/25 Oktober 2016 – HARAKAHDAILY 25/10/2016

Share on Myspace