Diskaun 90 peratus denda pemilikan tanah

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan diskaun sebanyak 90 peratus terhadap pembayaran denda berkaitan pemilikan tanah di negeri ini.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, hasrat tersebut dibuat selepas mengambil kira masalah rakyat dan keadaan ekonomi tidak menentu sekarang.

Katanya, kerajaan negeri memutuskan pengurangan berkaitan premium tanah, denda lewat membayar cukai tanah dan lain-lain bayaran melibatkan pembangunannya.

"Bayaran beserta diskaun ini akan dapat dinikmati dengan membuat pembayaran dalam tempoh 1 November hingga 31 Disember depan," katanya pada persidangan Dun hari ini.

Sebelum ini orang ramai merungut bayaran premium dikatakan tinggi memandangkan denda tertunggak terkumpul dalam tempoh begitu lama. - HARAKAHDAILY 25/10/2016

Share on Myspace