Adun BN akui ekonomi rakyat Kelantan kukuh

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Wakil rakyat Barisan Nasional mengakui rakyat Kelantan mempunyai ekonomi yang kukuh sehingga ramai mampu menaiki kapalterbang.

Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) berkata keadaan itu menyebabkan permintaan penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra begitu tinggi sehingga melebihi 40 kali sehari.

“Adakah mereka keluar kerana urusan perniagaan atau untuk mencari pekerjaan.

“Kalau kita pergi ke bandar raya Ho Chi Minh di Vietnam kita temui ramai orang Kelantan membeli-belah di situ, bahkan peniaga di sana juga mampu bercakap dialek Kelantan, ini kehabatannya,” katanya ketika membahas Bajet Kelantan 2017 pada persidangan Dun petang ini.

Dewan menjadi gamat seketika apabila Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas), mencelah ingin tahu kenapa orang Kelantan begitu ramai menaiki kapal terbang.

“Maaf, saya tidak tanya pula kenapa mereka minat ke luar negara,” ujarnya membuatkan dewan menjadi gamat seketika. – HARAKAHDAILY 26/10/2016

Share on Myspace