Orang ramai dijemput ke dua perhimpunan Nekad

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat akan menganjurkan dua perhimpunan Nadwah Pemerkasaan Du'at atau Nekad yang akan berlangsung pada 29 Oktober dan 30 Oktober 2016 ini.

Himpunan Nekad pada 29 Oktober ini akan berlangsung di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning Taiping yang akan bermula pada jam 8 pagi hingga 2 petang.

Himpunan ini akan menampilkan tiga orang panel yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ustaz Muhammad Ibrahim atau dikenali sebagai Ustaz Mat China dan pendakwah bebas Ann Wan Seng.

Manakala untuk Himpunan Nekad pada 30 Oktober nanti akan berlangsung di KUIZM Taman Melewar di sini bermula jam 8.30 pagi hinga jam 1.30 petang.

Nekad Wilayah Persekutuan ini akan membentangkan dua kertas kerja yang akan disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Dakwah dan Kesenian Terengganu Ustaz Azman Shapawi dan  kertas kerja kedua olh Ajk Dewan Ulama PAS Pusat Ystaz Zuridan Mohd Daud.

Para peserta juga akan dihidangkan dialog isu semasa yang akan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat Ustaz Mokhtar Senik.

"Kita mahu mengajak orang ramai dijemput ke perhimpunan Nekad sebagai tanda sokongan kepada program PAS ini," ujar Setiausaha Lajnah Dakwah PAS Pusat ustaz Mohammad Ibrahim. – HARAKAHDAILY 27/10/2016

Share on Myspace