Saya datang hanya untuk jumpa Tok Guru - Thiam

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .

MARANG: “Saya datang jauh dari Langkawi, naik bas hanya semata-mata datang ke Masjid Rusila untuk jumpa dengan tok guru. Lama sudah jumpa dengan tok guru semasa kami bertemu di Vietnam lebih lima tahun lalu,” ujar Tan Hock Thiam.

Beliau dengan nama Islam, Thiam Abdullah, 66, berkata datang hanya untuk bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Thiam pernah bertemu pertama kali dengan Tuan Guru ketika melawat Vietnam lebih lima tahun lalu.

Katanya, ketokohan Tuan Guru sebagai ulama dan pemimpin Islam amat dikagumi sejak mengenalinya.

Beliau seorang warga emas yang mahir dalam kerja pertukangan dan belum berkahwin cukup gembira setelah memeluk Islam tiga tahun lalu.

“Saya mahir dalam kerja-kerja pertukangan, buat rumah dan belum berkahwin. Tapi, saya cukup senang dan gembira setelah jadi Islam. Habis kerja, balik rumah pergi masjid sahaja setiap hari,” ujarnya.

Beliau datang bertemu dengan Tuan Guru untuk mengadu masalah birokrasi yang dihadapi setelah menganut Islam dalam urusan dengan pihak berwajib. - HARAKAHDAILY 29/10/2016

Share on Myspace