Presiden PAS sempat tahnik 15 bayi

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .

MARANG: Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sekitar jam 8.00 pagi semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terus ke rumahnya di Rusila.

Kira-kira jam 9.00 pagi, beliau mula memasuki Masjid Rusila bagi menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat.

Sesi pengajian itu melibatkan tiga bahagian kitab iaitu mengenai tauhid dengan kitab bertajuk “Beriman Kepada Hari Akhirat”.

Bahagian kedua mengenai sirah Nabawiyyah iaitu “Fiqh Al-Harakah” dan bahagian ketiga pula  tafsir al-Quran Karim.

Kuliah akan tamat sekitar jam 10.00 hingga 10.30 pagi dan selepas itu memberi peluang kepada tetamu tertentu yang datang untuk bertemu dengan beliau di rumahnya.

Kebiasaannya, terdapat juga dalam kalangan hadirin yang datang membawa bayi yang baharu lahir untuk ditahnik oleh Tuan Guru.

Semalam, Tuan Guru Abdul Hadi masih sempat mentahnikkan 15 bayi yang baharu dilahirkan antara satu hingga tiga minggu. - HARAKAHDAILY 29/10/2016

Share on Myspace