Loji rawatan air Semenyih beroperasi semula

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Loji rawatan air Semenyih beroperasi semula pada pukul 3:15 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, bekalan air sedang disalurkan ke kolam takungan perkhidmatan untuk pemulihan secara berperingkat di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Katanya, bekalan air bantuan sedang dihantar ke kawasan terlibat serta disediakan di “Stesen Lori Tangki Air Jumbo” dan “Pili Air Awam”.
 
“Segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke kawasan yang terlibat,” katanya dipetik SelangorKini.

Untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan, sila hantar SMS 15300 (Taip: TANKER<jarak>Nama & Alamat) untuk memohon bekalan air bantuan. Untuk maklumat terkini mengenai bekalan air di kawasan anda, sila muat turun aplikasi telefon pintar “mySYABAS”, layari www.syabas.com.my , Facebook “Puspel Syabas” atau “Air Selangor”.

Share on Myspace