Ada media tidak hirau fakta halal atau haram

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .

KOTA BHARU: Siri penerangan PAS Kelantan terus diperkasakan apabila satu kaedah penyampaian bagi pengurusan isu semasa yang berlaku sejak kebelakangan ini diselaraskan.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, Islam ada caranya tersendiri dalam penyebaran serta penyampaian maklumat agar tidak berlaku fitnah.

Menurut beliau, jentera media PAS di peringkat kawasan dan Dun tidak boleh terikut dengan gaya pendedahan parti lain yang memusuhi gerakan Islam di Malaysia.

"Mereka ini tidak menghiraukan fakta itu halal atau haram, dosa atau pahala. Kita tidak boleh mengikut gaya mereka kerana kita ada Islam, ada kaedahnya," katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan bengkel media dan grafik di pejabat PAS Kelantan di sini hari ini.

Antara pengisian kursus media tersebut ialah penyampaian cara pemberitaan ringkas disampaikan Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mencadangkan program yang sama dapat diadakan secara mingguan bagi memperkasakan usaha berkenaan.

Katanya, ia bertujuan bagi melahirkan pengamal media yang mahir dengan kaedah pemberitaan baik serta mampu menjawab komen membina di alam maya. – HARAKAHDAILY 30/10/2016

Share on Myspace