PAS Sarawak makin diterima oleh rakyat tempatan

JOFRI JARAIEE | .

PAS Sarawak telah mengadakan Karnival Sambutan PAS Sarawak ke-20 tahun di perkarangan ibu pejabat PAS Sarawak di Matang Jaya, Kuching pada 29 Oktober 2016.
 
Antara aktiviti sepanjang program sambutan PAS ke20 tahun adalah pameran Jabatan / Lajnah / NGO PAS, jualan makanan / Pakaian, aktiviti bersama Hadi & Huda, pertandingan Street Soccer Piala Pesuruhjaya PAS Sarawak (terbuka untuk setiap kawasan), pertandingan gubahan / mewarna / Shawl / gusti lengan / kopi Amal tarik (terbuka untuk setiap kawasan), cabutan bertuah dan lain-lain.
 
Pada sebelah petangnya diadakan perbarisan Jabatan Amal Malaysia dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan pada sebelah malamnya penyampaian hadiah oleh Presidenuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
 
Slot Solat Hajat Perdana Selamatkan Palestin diimamkan oleh Tuan Guru Zulkifli Ismail, Mudir Pondok Baitul Quro' and Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi.
 
Majlis Pidato Khas bersama Presiden PAS merupakan majlis kemuncak karnival sambutan PAS Sarawak ke-20 tahun.
 
Antara yang turut hadir ialah AJK PAS Pusat, Dr. Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Muhtar Suhaili; Ketua Penerangan DMPM, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Exco DPPM dan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohamad Arifiriazul Paijo; dan ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak Clement Bayang.
 
Antara tarikh penting sejarah PAS berkembang ke Sarawak ialah pada 25 Mei 1990 Muktamar Tahunan PAS kali ke-36 di Taman Melewar telah bersetuju dengan usul PAS kawasan Tawau supaya PAS berkembang ke Sarawak.
 
Pada 31 Disember 1994, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk berkembang ke Sarawak dan mengarahkan penubuhan Jawatankuasa pro-tem PAS Sarawak.
 
Pada 22 September 1996, PAS Sarawak secara rasminya ditubuhkan dengan perlantikan Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak yang pertama. Beliau merupakan anak tempatan yang pertama diberi amanah untuk memimpin PAS di Sarawak.
 
Antara intipati kandungan ucapan Tuan Guru Presiden PAS ialah tentang sejarah pembebasan negara ini dari penjajah. Dulu Islam yang memerintah negara di rantau Asia Tenggara ini tetapi setelah penjajah Portugis, British, Belanda dan Sepanyol datang maka sosio ekonomi, sistem perundangan sudah berubah mengikut cara sistem penjajah.

Antara isu semasa yang di sentuh ialah Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 sebelum ini pernah diusulkan di Parlimen oleh Menteri Tanah dan Galian pada ketika itu, YB Abdul Rahman Yaakub (Allahyarham Tun Datuk Patinggi, mantan Ketua Menteri Sarawak), seorang anak jati Sarawak.

Pada masa itu tiada masalah untuk non Muslim memberi sokongan pada RUU Akta 355. Sekarang ini keadaan sudah berubah iaitu non Muslim berani menentang secara terbuka RUU Akta 355 walaupun
sudah diberi penjelasan yang RUU Akta 355 hanya untuk Muslim.
 
Selepas ucapan, Tuan Guru Presiden PAS ditanya tentang sama ada PAS masih terbuka untuk berunding dengan Pakatan Pembangkang lain seperti sebelum ini. Jawapan Presiden PAS adalah PAS sentiasa terbuka dan tidak pernah menutup pintu perundingan dengan mana-mana parti pembangkang atau NGO yang ingin bekerjasama dengan PAS.
 
PAS tidak mahu lagi jadi pengikut@ khadam parti lain tetapi memimpin bersama parti-parti lain. PAS tidak mahu dijadikan alat ketika waktu diperlukan saja seperti menggunakan jentera PAS untuk memenangi sesuatu pilihan raya tetapi apabila rakan seperjuangan sudah menang, mereka menyingkirkan PAS begitu saja apabila tidak sehaluan dengan PAS.
 
Kesimpulannya, PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang khususnya parti pembangkang tempatan di Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama.

PAS sudah diterima oleh rakyat tempatan di Sarawak walaupun pada mulanya sukar untuk menarik sokongan khususnya penduduk asal Sarawak kerana pada mulanya mereka menyangka PAS hanya untuk Islam tetapi sebenarnya perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama. PAS berjuang berdasarkan al-Quran dan Sunnah sebab ianya adil untuk semua. – HARAKAHDAILY 31/10/2016

Share on Myspace