Jabatan Hutan Kelantan dianugerah ISO

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .

KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan Kelantan dianugerah sijil MS ISO 9001: 2008 di atas kejayaan pengurusan pengeluaran kayu secara berkekalan di hutan simpan kekal.

Sijil anugerah itu dikeluarkan Jabatan Standard Malaysia bagi tempoh 21 September lalu sehingga 14 September 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, sijil pengiktirafan itu merupakan penghargaan terhadap Jabatan Perhutanan Kelantan.

“Ini secara tidak langsung menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan negeri gagal menguruskan sumber berkenaan,” katanya di sini.

Sebelum ini Adun Salor, Datuk Husam Musa membangkit isu tebang habis di hutan simpan Balah, dibimbanginya menyebabkan sumber hutan pupus dan menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asal.

Anuar berkata sijil pengiktirafan berkenaan membuktikan Jabatan Perhutanan Kelantan mempunyai sistem yang konsisten. – HARAKAHDAILY 1/11/2016

Share on Myspace