Tunggakan PTPTN: Longgar syarat pinjaman rumah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor giat mengadakan perbincangan dengan beberapa bank bagi melonggarkan syarat pinjaman perumahan terhadap pemohon yang mempunyai tunggakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Bank Rakyat adalah institusi kewangan pertama bersetuju meluluskan pinjaman sekiranya pemohon melunaskan sedikit tunggakan PTPTN, lapor SelangorKini.
 
Katanya, ia antara usaha kerajaan negeri membantu rakyat Selangor memiliki rumah terutama dalam kalangan belia.

“Saya mempunyai hubungan baik bersama Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan PRIMA Malaysia dan selalu berjummpa dan berbincang walaupun menteri cakap lain.

“Mereka mensyaratkan setiap program PRIMA disertai PTPTN agar pemohon dapat membuat semakan segera selain berbincang bagi menyelesaikan masalah.

“Jadi, kita buat perkara sama memohon pemaju membawa PTPTN ketika hari terbuka untuk semakan pemohon,” katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau menyatakan demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan berhubung langkah kerajaan negeri membantu lebih 70 peratus pemohon yang gagal mendapat pinjaman perumahan ekoran disenarai hitam PTPTN.

Share on Myspace