Jangan jadi ‘buah catur’ pihak asing

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: “Kalau benar maklumat sebagaimana yang tersebar Bersih 5.0 menerima dana daripada pihak asing, ia tidak sepatutnya berlaku.

“Sebagai sebuah negara yang merdeka sepatutnya hal ehwal negara ini tidak berkait dengan pihak luar,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 5.0) didakwa ditaja Open Society Faundation (OSF) yang diterajui George Soros.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa Bersih mendapat tajaan daripada pertubuhan OSF yang dikelola George Soros.

Malah ada ahli parlimen petang ini juga mendakwa Merdeka Centre dan Malaysiakini turut menerima dana daripada jutawan asing tersebut.  

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menasihati umat Islam di negara ini tidak menjadikan diri mereka ‘buah catur’ kepada kuasa luar.

Katanya, rakyat Malaysia khususnya amat wajar menolak campur tangan asing. - HARAKAHDAILY 2/11/2016

Share on Myspace