Pembangkang di Selangor seharusnya cermin diri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pembangkang seharusnya cermin diri dahulu sebelum mengkritik Belanjawan Negeri Selangor 2017 yang dibentangkan pada Isnin lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, perkara yang sama seharusnya ditujukan kepada Kerajaan Persekutuan yang lebih jelas mengejar populariti, lapor laman web Merahkuning.
 
"Sepatutnya beliau berkata perkara yang sama kepada bajet Persekutuan yang lebih jelas cuba meraih populariti.
 
"Kerajaan Persekutuan turut mengalami bajet defisit selama 19 tahun berturut-turut," katanya kepada Merahkuning di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Terdahulu, ADN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi mengkritik belanjawan itu yang disifatkan sebagai belanjawan populis.
 
Menurut Hasbullah, kerajaan negeri hanya mengembalikan hasil yang diperolehi daripada lebihan belanjawan selama 2 tahun dan kedudukan ekonomi yang kukuh kepada rakyat.
 
"Isu bajet populis sebenarnya tidak timbul dalam Bajet Negeri Selangor," kata beliau.

Share on Myspace