170,00 bayi pelarian Syria lahir di Turki

HARAKAHDAILY | .

Sekurang-kurangnya 170,000 bayi Syria telah lahir di Turki sejak pelarian mulai berpindah ke negara itu dari Syria, kata sebuah agensi bantuan Turki, semalam.

Pihak Berkuasa Bencana dan Pengurusan Kecemasan Turki (AFAD) mengatakan juga boleh didapati khusus pilihan makanan bagi perempuan pelarian hamil atau menyusu di kemudahan bersalin dan kesihatan kanak-kanak di seluruh negeri, lapor Worldbulletin.

Turki sendiri menjadi penampung jumlah terbesar pelarian Syria di dunia, kira-kira 3 juta dan setakat ini telah menghabiskan lebih dari RM12 bilion dolar untuk membantu pelarian. Bantuan daripada masyarakat antarabangsa setakat ini hanya kira-kira RM512 juta dolar, kata AFAD.

AFAD juga menghantar kira-kira 1.63 bilion lira Turki ($520,000,000) bantuan kemanusiaan ke Syria sejak perang bermula, kata badan itu.

Sekurang-kurangnya 82,000 kanak-kanak Syria ketika ini bersekolah di pusat-pusat penempatan, kata AFAD.

Kerjasama antara Kementerian Pendidikan Turki dan AFAD memastikan bahawa 310,000 kanak-kanak TK dan usia sekolah tinggi diambil dari jalanan dan memasukkan mereka ke sekolah-sekolah.

Juga, sekurang-kurangnya 115,000 orang dewasa Syria memperoleh kemahiran selepas mengikuti pelbagai program sijil latihan yang diadakan di pusat-pusat AFAD. [Islampos]

Share on Myspace