Presiden PAS rai 200 veteran parti Dun Rhu Rendang

AHMAD FAIZAL GHANI Foto TRIPLE ZACK | .

MARANG: Seramai 200 orang veteran PAS diraikan di Majlis Himpunan Veteran PAS DUN Rhu Rendang.

Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan menghimpunkan golongan veteran sekitar Dewan Undangan Negeri  (DUN) Rhu Rendang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang turut hadir di majlis yang berlangsung di Dewan Tok Guru (DTG) perkarangan Masjid Rusila.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Rhu Rendang ketika berucap pada majlis berkenaan mengingatkan bahawa perjuangan PAS ini adalah mata rantai.

"Perjuangan Parti PAS adalah mata rantai yang tidak putus daripada kumpulan yang di sebut oleh Allah dalam al-Quran."

"Akan tetap ada selagi dunia ini tidak kiamat, ini janji Allah SWT."Jelas beliau.

Tambah Tok Guru lagi, golongan veteran yang dinamakan Assabiqun di peringkat PAS Pusat.

Turut hadir pada Majlis yang berlangsung hampir dua jam ini, Isteri beliau Y.Bhg To' Puan Seri Hajjah Zainab, YDP PAS Kawasan Marang, Tuan Haji Yahaya Ali, Pengarah MTD Rhu Rendang  Encik Daud Jusoh. – HARAKAHDAILY 5/11/2016

Share on Myspace