Keris pusaka milik Presiden PAS antara tarikan karnival

AHMAD FAIZAL Foto TRIPLE Z | .

MARANG: Ribuan pengunjung membanjiri Dewan Tok Guru, Rusila hari ini bagi mengungjungi Karnival Keris Antik Terengganu.

Karnival ini telah dianjurkan bersama Persatuan Seni Purba Terengganu dan Lajnah Kesenian Dan Dakwah PAS Kawasan Marang dengan kerjasama Jawatankuasa Dewan Tok Guru (DTG).

Pengerusi DTG, Ustaz Rozman Awang ketika ditemui berkata karnival ini bertujuan memberi pendedahan kepada generasi baru tentang fungsi dan kelebihan senjata lama dalam peradaban melayu purba selain mencungkil budaya Melayu silam.

"Paling menjadi tumpuan pada karnival yang julung kali diadakan ini adalah koleksi peribadi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang turut di pamerkan bersama-sama 300 koleksi senjata lama milik penggemar barangan antik dari dalam dan luar daerah ini.

"Difahamkan Lebih 10 jenis barangan milik Ahli Parlimen Marang itu diwarisi dari nenek moyang beliau sendiri dan usianya lebih ratusan tahun, antaranya 'Sundang'," kata beliau lagi

Majlis perasmian penutup dan pembahagian cenderamata kepada peserta telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong.

Turut hadir di Pameran yang berlangsung sehari itu adalah Pengurusi Persatuan Seni Purba Terengganu, Mohd Nasir Awang dan Ketua Lajnah Kesenian dan Dakwah PAS Kawasan Marang, Ustaz Abu Bakar Salleh. – HARAKAHDAILY 6/11/2016

Share on Myspace