Selamat menduduki peperiksaan daripada DMPM

HARAKAHDAILY | .

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon STPM dan SPM seluruh negara.

Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi dan mampu menjadi insan berguna untuk agama, bangsa dan negara kelak.

Sungguhpun kejayaan akademik yang berorientasikan peperiksaan bukanlah ukuran sebenar kejayaan seseorang, namun ianya salah satu batu loncatan simbol kehebatan seorang modal insan.

Semoga kejayaan akademik anak-anak semua disusuli dengan kehebatan sahsiah seorang pelajar. Gabungan ini mampu melahirkan pewaris kepimpinan negara yang gemilang suatu hari nanti.

Berusahalah sehabis daya. Gembirakanlah hati ibu dan ayah yang sudah banyak berjasa. Kami turut berbangga dengan kejayaan-kejayaan anak bangsa semua.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
7 Safar 1438 / 7 November 2016 - HARAKAHDAILY 7/11/2016

Share on Myspace