Peruntukan Kafa, Maahad Integrasi ikut gred operasi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Peruntukan bagi sekolah agama Kelas Al-Quran Fardhu Air (Kafa) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains untuk 2017 mengikut gred operasi dan kelayakannya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Yunus Hairi berkata, sekolah agama seluruh negeri turut mendapat kemudahan dan pemantauan berterusan kerajaan negeri.

“Peruntukan ini tertakluk mengikut kategori operasi iaitu bagi Gred A, peruntukan operasinya RM813,800, gred B pula RM406,200 dan gred C RM222,600.

“Bentuk kemudahan ini juga termasuklah pegawai keselamatan, pembersih kawasan, guru tetap, guru Kafa dan peruntukan elaun baru untuk kakitangan tetap dan sokongan,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Dr Abdul Rani Osman pada Sidang Dewan Selangor (DNS) yang membangkitkan peruntukan tahunan bagi sekolah rendah agama, seluruh negeri.

Share on Myspace